Bicara Ilmu & Amal

7 April 2018

Program Bicara Ilmu dan Amal anjuran bersama PUTERI, HELWA Bandar Baru Bangi dan Banyan Close telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 7 April 2018 di Kolej Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS).

Majlis telah diserikan dengan kehadiran seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PUTERI, HELWA Bandar Baru Bangi, Banyan Close dan juga penduduk setempat.

Ustazah Syarifah Fatimah Iksir, penceramah yang dijemput khas dari Indonesia telah mengupas
berkaitan tajuk Majlis iaitu "Jagalah Hatimu".

Di antara kupasan yang telah dititikberatkan ialah keikhlasan hati yang mana ianya tidak perlu disebut, tidak perlu dipertunjukkan dan tidak perlu dipersoalkan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan keikhlasan hati seseorang dan yang penting ianya dilakukan untuk mentauhidkan Allah SWT.

Di majlis tersebut juga, PUTERI telah menyumbang bagi pihak ahli-ahlinya sebanyak RM16,350 sebagai sumbangan wakaf dan RM6,000 sumbangan zakat kepada KUIS.

Semoga Majlis ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dan semoga kolaborasi bersama
Helwa Bandar Baru Bangi dan Banyan Close akan dapat dijalankan lagi untuk program-program
kemasyarakatan yang akan datang.