Parking during Carnival @ SPP & Golden Run 2018

13 July 2018

Parkir Kenderaan Sempena Golden Run 2018 / Karnival / Majlis Jubli Emas SSP

Melalui mesyuarat bersama agensi pihak berkuasa, dua lokasi Parkir yang dibenarkan adalah :

A- Sepanjang sisi jalan di sebelah Tasik Cyberjaya.
B- Tapak parkir Park & Ride, Cyberjaya.

Parkir di dalam Sekolah hanya dikhaskan kepada urusetia, VIP dan pasukan keselamatan. Ibu-bapa/peserta larian/pelawat tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan di dalam sekolah. Sila ikut arahan Polis Trafik/Penguasa MPS/RELA/Pegawai Keselamatan dan papan tanda.

Pihak berkuasa memberi pesanan tegas agar tiada kenderaan membuat double parking di Tapak A. Pengguna jalan raya juga tidak dibenarkan meletak kenderan di jalan arah bertentangan.

Perkhidmatan Shuttle akan disediakan bagi pengguna Tapak B yang dibekal oleh Majlis Perbandaran Sepang. Perkhidmatan bermula dari jam 5.30am hingga 6.15 ptg (Sabtu) dan 7.30pg hingga 5.00ptg (Ahad).

Mohon rujuk rajah yang disertakan. Kerjasama semua yang terlibat amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

PIBG SSP